9/8/17

[PROMO] Servis melukis potret RM15

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Birthday orang yang tersayang hampir tiba tapi tak tahu nak bagi apa? Apa kata hadiahkan lukisan potret? :-)

Today I'm happy to announce that I nak buat promosi lukisan potret Black&White bersaiz A5 RM15 SAHAJA! (harga untuk 1 kepala).

Di bawah merupakan harga asal:


Tetapi promosi kali ini cuma berjalan untuk potret jenis Black&White bersaiz A5 sahaja. Dan jika nak request dua kepala dalam satu A5, caj tambahan RM5 akan dikenakan. How about postage? Don't worry, harga adalah termasuk postage!

Ni contoh potret Black&White. Medium: Pencils. RM15 ONLY!

Ni contoh colour punya. Medium: Gouache. (Yang ini ikut harga asal)

BERMINAT? Boleh hantar gambar yang hendak dipotretkan kepada saya aisyasakura@gmail.com sekarang juga! Kalau boleh gambar orang tu HD lah sikit, kalau gambar selfie lagi bagus sebab takyah iolls nak zoom banyak-banyak sampai kabur huhu T^T

Boleh sebarkan kepada kenalan dan rakan taulan :-) Any inquiries, boleh tanya dekat ruangan komen atau DM saya dekat Instagram/Twitter atau e-mel sahaja. Thank you for reading!

9/1/17

Bad genius

Assalamualaikum dan hai semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha!

Lepas solat raya and makan-makan lontong, aku terus pi cinema lolol rasa cam pelik hari raya tengok wayang. Sila jangan tiru aksi ini.

Aku bukanlah kaki movie pun, jaranglah aku layan movie-movie ni, tengok wayang pun macam sekali setahun gitu. Bad genius ni ramai yang recommend, so aku jadi excited ajak member gi tengok. Ekceli lepas nampak trailer pun aku rasa macam kena tengok.


Mengisahkan budak pandai genius gilos menggunakan kepandaian dia untuk buat duit sampai berjuta-juta dengan kasi orang tiru jawapan dia. Aku kagum sebab dengar citer movie ni inspired by true story. Rasa macam WOWWWW, TAK PERNAH TERFIKIR NAK BUAT GITU. Seingat aku dulu masa exam kat sekolah aku punyalah tak suka orang jeling kertas aku lol.

Paling suka watak Pat, sebab dia macam selamba gitu. Watak Grace pun comel je. Watak Bank yang genius tu mula-mula je buat aku "awwww comelnya", tapi dah last-last tu menyampah pulak aku hahaha. Pelakon-pelakon utama mostly pelakon baru kalau tak silap. Watak utama si Lynn tu model sebenarnya, baru debut, umur baru 21 uolls (k jealous di sini).

Bagi aku sangat bijaklah movie ni, macam mana cara direktor tu buat momen-momen nak terkantoi kasi meniru tu jadi seolah-olah life-and-death situation! Movie ni takde cintan-cintun or hantu-hantu macam kebanyakan cerita Thai yang lain, but still superb! I was actually hoping Lynn and Bank would end up together... but nah.